01

Selamat Datang ke fish4wealth.net

Portal ini dinamakan fish4wealth.net. Kenapa?

FISH adalah singkatan untuk Financial Independence, Strong and Healthy – Kebebasan Kewangan yang Kukuh dan Sehat.

WEALTH adalah kekayaan. Kekayaan itu lebih baik dari kaya (rich). Kaya mengukur berapa banyak harta yang anda ada. Tetapi kekayaan mengukur berapa lama anda boleh menjalani kehidupan biasa tanpa bekerja.

NET maknanya jaringan atau jemaah. Anda tidak boleh menjadi kaya berseorangan. Anda perlu ada jaringan dengan orang lain yang mempunyai matlamat yang sama.

FISH juga maknanya ikan. Ikan adalah satu makhluk yang menggambarkan kebebasan. Bebas untuk bergerak ke mana jua di dalam lautan. Ikan tidak perlu risau tentang mencari rezeki. Rezekinya berada di mana-mana.

Ikan-ikan yang bersaiz besar seperti ikan dolfin, telah diberi naluri semulajadi oleh Penciptanya untuk mengesani lokasi rezekinya. Ia menggunakan teknik echolocation dengan menghantar getaran gelombang bunyi dan menerima pantulan bunyi dari rezekinya seperti ikan-ikan kecil, sotong, obor-obor, udang, dan ketam. Pantulan bunyi ini juga akan memberi maklumat tentang saiz dan bentuk rezekinya.

Ikan dolfin juga bergerak secara berkumpulan, bukan secara solo. Dalam bahasa Inggeris, gerombolan ikan ini dipanggil dengan nama, school of fish. Dengan menggunakan teknik echolocation, sekumpulan ikan dolfin ini akan sama-sama mengepung rezekinya sehingga menjadi bebola yang kecil dan padat. Ini akan memudahkan mereka menikmati rezeki yang baru dikesani tadi.

Berbeza dengan ikan, manusia mempunyai kelebihan akal fikiran. Manusia juga disediakan rezeki oleh Penciptanya. Namun, manusia perlu berusaha dan menggunakan kekuatan akalnya untuk mengesani lokasi rezeki untuk dirinya. Manusia tidak boleh hanya duduk diam dan berserah diri kepada takdir untuk perolehi rezeki.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Ar-Ra’d: Ayat 11).

Maka portal ini adalah untuk orang-orang seperti anda yang ingin mencapai kebebasan kewangan. Portal ini menjadi wadah yang memberi peluang dan jaringan kepada orang-orang seperti anda untuk sama-sama belajar dan berusaha mencapai hasrat tersebut.

Insya-Allah saya akan cuba hidangkan beberapa strategi dan tindakan yang membolehkan anda mengesani lokasi rezeki yang anda boleh raih. Strategi saya ini mungkin berbeza dengan orang lain. Tetapi strategi yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman peribadi saya sendiri.

Sila klik Mindset FISH, Buku FISH terbaru bertajuk Bibik, Mentor Kewanganku (2023)

Portal ini juga mempunyai banyak bahan-bahan bacaan dan video yang anda boleh nikmati secara percuma. Bahan-bahan ini amat sesuai untuk mengasah minda anda dalam cuba mengesani lokasi rezeki anda. Jadi bacalah…

Sila klik FREE mini e-Book, FREE Videos, FREE eBook

Wallahu’alam,

Prof. Dr. Ahmad Rahman Songip

1 Januari 2023 / 8 Jamadil Akhir 1444

02

Mindset FISH

Financial Independence, Strong & Healthy

Keadaan kewangan anda sekarang adalah hasil dari kebiasaan yang anda jalani setiap hari. Anda mempunyai satu tabiat atau pattern tertentu dalam menguruskan kewangan peribadi anda.

Kalau keadaan kewangan anda adalah ‘teruk’, maka ianya terhasil dari tabiat atau pattern yang tidak tepat. Kalau anda serius untuk perbaiki keadaan kewangan anda, maka anda kenalah ubah tabiat lama tersebut. Anda kenalah break the pattern

Kalau anda berminat untuk dapatkan eBook percuma Break The Pattern – The Science of Transformational Value Creation (2018), silalah ke pautan ini.

Kalau anda tidak ubah tabiat lama, maka keinginan untuk mencapai kebebasan kewangan hanyalah satu angan-angan kosong sahaja. Oleh itu, anda tak perlulah buang masa membaca apa yang saya tulis di bawah ini.

Tetapi, kalau anda berminat dan ingin tahu apa, mengapa dan bagaimana untuk mencapai kebebasan kewangan, maka saya galakan anda dapatkan Buku FISH yang bertajuk Bibik, Mentor Kewanganku (2023) dan hadir dalam Seminar FISH secara PERCUMA.

Formula FISH

Formula FISH untuk mencapai kebebasan kewangan sebenarnya cukup mudah, seperti di bawah ini:

Pendapatan – Perbelanjaan = Baki 

Ianya nampak mudah, tapi sukar untuk dicapai. Namun, jika anda gunakan strategi yang betul, anda akan perolehnya dengan mudah. Ramai orang dah gunakan formula ini. Maknanya, ianya adalah praktikal dan boleh dicapai.

Berdasarkan kepada formula di atas, apakah sebenarnya kunci kepada kebebasan kewangan?

Sila isi di ruang ini jawaban anda: __________________

Ramai dalam Seminar FISH saya yang gagal menjawab dengan tepat soalan ini. Kalau mereka dapat jawab dengan betul, sudah tentu mereka tidak perlu lagi hadir Seminar FISH saya, kerana mereka sudah tahu kuncinya dan mereka pun telah mencapai kebebasan kewangan. 

Ramai yang jawab ‘Baki’. Mereka kata, kena dapatkan ‘Baki’ yang tinggi. Walaupun jawaban ini betul, tapi kurang tepat. Jawaban ini sebenarnya menjerat anda!

Dalam keadaan biasa, dimana anda bekerja dan perolehi gaji bulanan secara tetap, untuk peroleh ‘Baki’ yang tinggi, anda kena kurangkan ‘Perbelanjaan’ semaksimum yang mungkin.

Jika perbelanjaan ingin dikurangkan secara maksimum, maka anda akan hidup menderita, hidup tidak selesa. Walaupun ada orang yang menjadi jutawan dengan cara ini, namun anda akan hidup menderita. Anda tidak dapat mengecapi nikmat kehidupan di dunia ini…

Matlamat utama ialah kita dapat mencapai kebebasan kewangan, tapi pada masa yang sama dapat menikmati nikmat kehidupan di dunia ini. Ini semacam ada kontradiksi. Apakah cara itu?

Jawapannya ada dalam buku FISH yang bertajuk Bibik, Mentor Kewanganku (2023). Anda boleh juga membaca beberapa bab dalam buku tersebut disini secara PERCUMA.

15 Steps To Master Self-Discipline
15 Skills That Will Pay Off Forever
15 Things Poor People Waste Money On
15 Things Poor People Do That The Rich Don’t
15 Things Poor People Get Wrong About Money
15 Ways Rich People Benefit From a Recession
15 Assets That Are Making People Rich
03

“Kenapa Ramai Profesional Gagal Mengurus Harta Mereka?”

Kebanyakan profesional miskin duit & kaya hutang

Percaya atau tidak, kebanyakan profesional gagal menguruskan harta mereka walaupun bergaji lebih dari RM10,000 sebulan. Mereka dikelilingi hutang yang menyebabkan mereka berasa lemas setiap hari. Pada luaran mereka dikelilingi harta benda mewah, tetapi mereka sebenarnya dalam diam resah gelisah ketandusan wang tunai dalam bank akaun mereka.

Elakkan perkara yang sama berlaku kepada anda

Perangkap itu telah menyebabkan ramai orang gagal menguruskan harta mereka

Yang lebih teruk lagi ialah, perangkap itu bukannya dari orang biasa tetapi dari para penasihat pelaburan profesional. Mereka dikatakan mempunyai kredibiliti yang cukup menyakinkan… tetapi setiap kali mereka bersuara hanya akan menyusahkan orang lain.

Nasihat pelaburan mereka hanyalah peluang untuk diri mereka sendiri, bukannya untuk ANDA… dan mereka hanya tahu ikut buku tapi bukan mengikut pengalaman sendiri…

Kalau dikorek sikit tentang jumlah kekayaan penasihat pelaburan profesional itu, anda mungkin akan terperanjat… kekayaan anda mungkin lebih dari kekayaan mereka! Jadi bagaimana mungkin mereka boleh membimbing anda?

Anda perlukan orang seperti Robert Kiyosaki, Napolean Hill, Azizi Ali dan banyak lagi yang telah menolong orang lain untuk berjaya dan bersedia untuk menghadapi sebarang kegawatan ekonomi yang bakal melanda.

Jadi apa yang anda perlukan ialah para pakar kewangan yang mempunyai kepentingan anda dahulu sebelum kepentingan mereka sendiri. Orang seperti ini susah dicari tetapi tidak mustahil. Mereka ini kebanyakannya bukan glamour tetapi lebih kepada menolong mereka yang betul-betul mahu pertolongan dalam cubaan meningkatkan pulangan pelaburan dan melindungi wang mereka daripada habis begitu sahaja.

Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana Robert Kiyosaki dan ramai lagi yang menjadi jutawan senyap dan telah mencapai kebebasan kewangan, ini ialah peluang terbaik anda.

Tak ramai orang boleh melakukan perkara ini. Ramai yang terkenal TAPI nasihat mereka ialah nasihat biasa yang anda boleh baca sendiri di dalam buku-buku kewangan yang melimpahi pasaran. Nasihat itu kebanyakannya baik tetapi tidak sesuai untuk mereka yang ingin menjana jauh lebih banyak pulangan pelaburan.

Tapi pencarian kami tidak sia-sia. Rupa-rupanya terdapat seorang manusia yang telah membantu lebih daripada 5,000 orang untuk menyedarkan bahawa sesiapa pun boleh merubah diri sendiri kepada yang lebih baik dari sebelumnya, sekiranya mereka tahu bagaimana caranya…

Siapakah dia?

Beliaulah yang akan menjadi fasilitator anda dalam Seminar pengurusan kewangan yang bertajuk…

F.I.S.H.

Financial Independence, Strong & Healthy

Dalam Seminar FISH ini anda akan mengetahui apa yang membezakan antara yang hebat jaga duit dan yang tidak… anda tentu dah dapat menilai diri anda dalam keadaan yang mana satu sekarang ini!

Anda boleh tahu kenapa perkara itu berlaku dan yang paling penting ialah anda tahu bagaimana untuk menerap dan menterjemahkan segala teknik dan strategi yang anda akan kutip dari Seminar FISH ini.

Seminar FISH ini TIADA kaitan langsung dengan mana-mana perniagaan jualan langsung (MLM), unit amanah ataupun insuran


Dan siapakah fasilitator tersebut?

Beliau adalah Dr. Ahmad Rahman Songip. Dengan berpendidikan bidang kejuruteraan dari USA dan Jepun membolehkan beliau mempunyai point of view yang menarik kerana beliau telah mendapat pendedahan dari perspektif dunia Barat dan Timur. Selain itu, beliau pernah bekerja dengan sektor swasta dan awam.

Seminar FISH ini sebenarnya berdasarkan perjalanan kehidupan beliau sendiri. Sebaik memulakan kerjaya, beliau pun berkobar-kobar untuk menjadi kaya raya, seperti anda juga. Hasil dari nasihat dari pelbagai penasihat kewangan profesional yang sebenarnya hanya inginkan duit beliau sahaja, bukannya nak jadikan beliau kaya, beliau pun terlibatlah dalam pelbagai jenis pelaburan. Hampir kesemuanya tidak menjadi. Akibat buat kerja tanpa ilmu, beliau telah kerugian beratus ribu ringgit. Bahkan rumah kediaman beliau hampir kena lelong!

Barulah beliau sedar bahawa ilmu akademik yang beliau perolehi selama ini tidak dapat menjamin untuk beliau jadi kaya raya. Yang akan menjadikan beliau kaya raya ialah ilmu tentang kekayaan itu sendiri.

Sebagaimana beliau begitu tekun mentelaah buku-buku ilmiah sehingga beliau memperoleh ijazah PhD dari negara matahari terbit itu, beliau pun menggunakan kaedah yang sama untuk mentelaah buku-buku tentang kekayaan. Pelbagai seminar, kursus dan bengkel beliau hadiri dan berpuluh buku dibaca untuk memahami tentang pengurusan kewangan.

Kesemua kesilapan lalu yang bernilai ratusan ribu ringgit, menjadi tuition fees kepada transformasi kewangan peribadi beliau.

Segala pengalaman tersebut akan dikongsi bersama-sama dengan anda semua dalam Seminar FISH ini. Kami pasti anda ingin mendengar cerita beliau. Kami juga pasti anda akan banyak soalan yang ingin ditanyakan kepada beliau.

Seminar FISH ini memberi peluang kepada sesiapa pun untuk mendapatkan the missing piece dalam teka-teki mengenai pengurusan wang peribadi dan perjalanan ke arah kebebasan kewangan.

Seminar FISH ini akan dilaksanakan secara ONLINE dan PERCUMA seperti maklumat berikut:

Tarikh

Setiap Ahad Minggu Pertama Setiap Bulan

Masa

1 Jam (9.30PM - 10.30PM)

Pendaftaran

(Tempat terhad untuk 100 orang sahaja)
Daftar disini untuk sertai

Yuran

PERCUMA (setakat ini)

Apa yang akan anda perolehi dari Seminar FISH ini?

Pastikan anda perolehi manfaat maksimum dengan bertanyakan soalan-soalan yang bernas dan mencabar kepada fasilitator ini ya.

Berikut adalah hasil yang akan anda perolehi dari Seminar FISH Online ini:

Anda akan mengetahui apa , mengapa dan bagaimana untuk multiply kekayaan sehingga anda mampu mencapai kebebasan kewangan sebelum anda bersara lagi.

Memahami konsep yang digunapakai oleh semua organisasi perniagaan yang berdaya maju yang patut anda terapkan dalam pengurusan kewangan peribadi anda.

Memahami bagaimana untuk mengurangkan hutang jahat secara berkesan. Kaedah ini akan dapat menjimatkan ribuan ringgit hasil pengurangan jumlah faedah dan tempoh hutang jahat tersebut.

Pendaftaran FREE Seminar Online F.I.S.H.

Ya saya berminat untuk hadiri FREE Seminar Online F.I.S.H. pada tarikh berikut dari 9.30PM – 10.30PM. Berikut adalah maklumat diri saya: 

Nota penting

Sila subscribe untuk menerima maklumat tentang seminar. Sila semak di ruangan “Spam” inbox anda jika tidak dapat menerima emel dari kami.

* indicates required
/ / ( dd / mm / yyyy )

Mini eBook Percuma!

Nota penting

Sila subscribe untuk menerima mini e-Book percuma kami! Sila semak di ruangan “Spam” inbox anda jika tidak dapat menerima emel dari kami.

* indicates required
04

Testimoni

Prof. Dr. Mohd Nawi Derahman, UTM

“Penemuan yang hebat bagi saya tentang hubungan antara otak, qalbu dan kekayaan.”

Saifulyazan Abd Rahim, Vittrix Technology

“Buku ini mampu mengubah pengemis menjadi usahawan, usahawan menjadi jutawan dan jutawan menjadi billionaire.”

Santokh Singh, Kencana HL Sdn Bhd

“Saya berjaya merancang perniagaan yang memberikan pulangan RM1 juta dalam tempoh dua tahun, hanya berdasarkan satu idea mudah yang diperoleh dari buku ini. Ia membuka qalbu kita secara meluas dalam cara kita melihat kekayaan.”

Wan Mohd Musyris, Wanmus Technologies

“Buku ini amat mudah difahami dalam mewujudkan dan menguruskan kekayaan dengan betul. Setiap orang yang bergaji setiap bulan wajib membacanya.”

Ku Fuziah Ku Brahim, Blogger

“Buku ini telah mengubah pengetahuan dan pemahaman saya secara drastik tentang cara untuk menguruskan wang dan kekayaan saya.”

Khairulnizam M Yusof, Petronas

“Buku ini sangat penting bagi mereka yang bekerja. Buku ini telah memberikan saya idea dan pengetahuan dalam perjalanan transformasi kewangan saya.”

Abdul Nasir Mansor, Paylink Solutions Sdn Bhd

“Pulangan segera ke atas pelaburan masa dan wang yang dibelanjakan untuk membaca buku ini.”

Pn. Syudahah bte Rusni, Akademi Bahasa, UTM

“FISH Market adalah amat unik. Tidak pernah dibuat walaupun dalam kursus sebegini yang lain.”

En. Farizie bin Abdul Razak, CICT, UTM

“Kursus yang sangat berkesan dan wajib dihadiri oleh semua staf bukan akademik malah staf akademik juga.”

Hubungi Kami

Misi FISH

Kami ingin membawa anda memenuhi misi untuk mencapai kebebasan kewangan. Matlamat ini menjadi idaman semua orang, tetapi ramai yang gagal. Dengan menggunakan kaedah FISH yang telah terbukti berkesan, kami berharap anda akan berjaya akhirnya jua.

Alamat Kami

Harvest the Minds Sdn Bhd
Co No: 875289-X
B-03-10, Gateway Corporate Suites,
Gateway Kiaramas
No 1, Jalan Desa Kiara
Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur,
Malaysia

Hubungi Kami
Status Laman Web